Skip to main content

HIMSAK? PARLIMEN MAHASISWA? POLITIK?



Pernah tak, ada benda yang jadi dalam hidup anda, yang anda tak pernah terfikir pun seumur hidup akan lalui benda tu. Like NO at all.

Tak pernah pun aku fikir nak join persatuan anak Kelantan, ada ramai kawan-kawan sama negeri, jauh sekali join borak pasal politik, negara, masuk parlimen? Bukan ke aku ni yang selalu duk tengok mekap tutorial, shawl tutorial, skincare routine kat youtube haaa macamtu baru ereen. 
Heh, sebenarnya aku ada banyak personality, dan aku yakin korang pun sama kan. Kita mesti ada personality yang berbeza untuk fit in/blend in dengan pelbagai situasi dan minat. Macam tulah aku.
Aku minat je mekap, baju, gedik girly stuff tapi takdelah aku buat bodoh sombong tak ambik tau benda lain. Ya, aku klasifikasikan diri ni sebagai variety (kecuali bab sukan).

Aku taknak cerita macammana boleh terjoin HIMSAK tu (Himpunan Siswazah Anak Kelantan), sebab nanti cerita jadi panjang, aku kena flashback dari zaman semester 2 masa join SMF (Sekretariat Mahasiswa Fakulti) dulu, aku tak suka cerita panjang. Jadi kita skip.

Aku taktau apa pun pasal Program Parlimen Mahasiswa ni, tapi nak dijadikan cerita tiba-tiba dapat kol, tanya free tak tarikh sekian sekian untuk ganti orang. Ganti orang pun ganti oranglah beb janji dapat pengalaman. Mula pergi tu sumpah insecure, dengan tak kenal orangnya, orang lain mpp bukan calang-calang geng2 debat bercakap hal isu semasa tu petik jari je.

Okay, lepas bengkel perbahasan ala parlimen, barulah masuk parlimen. Tak pernah seumur hidup terfikir akan masuk duduk kat situ tepuk meja tekan mic bangun berebut nak mencelah. Best. Pengalaman paling berharga dalam hidup. Terima kasih yang bagi peluang ereen pergi, terima kasih yang support, terima kasih yang sudi kawan dengan kita yang kerdil ni. Terima kasih atas segala ilmu dan perkongsian.



Yang ikhlas,
Alumni PM 2016.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

KOREA , RAYA AIDILFITRI 2017