Skip to main content

KEMBALI

Tahun ini sudah 2017 rupanya. Cepat betul masa berlalu.
Baru sedar lama betul aku tidak menjengah ke blog ini. Nyata terasa sedikit kekok untuk memulakan penulisan. Gaya penulisan kali ini juga sepertinya lebih formal, tidak begitu santai seperti sebelum ini. Mungkin faktor daripada pembacaan buku aku pada tahun ini yang kebanyakannnya berunsur non-fiction. Hanya ada satu dua sahaja buku fiksyen, itupun ulang buku lama, bukan buku baru. Tak kuasa aku nak membeli buku baru/novel, bila baca tajuknya sahaja dah rasa nak muntah. Buat tambah dosa aku kutuk je, jadi aku tukar kepada buku2 berunsur politik, sejarah, motivasi dan agama. Banyak ilmu yang kita boleh dapat.

Sekarang sudahpun masuk hujung bulan Ramadhan 2017. Alhamdulillah Allah beri peluang aku menjalankan ibadah puasa ini sekali lagi di UITM. Mungkin yang terakhir, mungkin tidak. Siapa tahu. Sepanjang aku tidak menulis, pelbagai perkara telah aku lalui dan alami. Tidak mungkin dapat aku ceritakan satu persatu di sini hanya dalam satu post sahaja. Sudah tentu2 ia akan menjadi tersangat panjang dan anda semua tak larat nak baca. Jadi, nanti slow-slow aku cuba ingat balik pengalaman dan momen-momen suka duka untuk dicoretkan. Bukan apa, sebab aku tahu memoriku sejauh mana, sekurang-kurangnya, dapat dijadikan kenangan buat diri ini.

Baiklah, tunggu lepas raya aku update banyak lagi. InnsyaAllah. Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

KOREA , RAYA AIDILFITRI 2017

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.