Skip to main content

PROGRAM BAKTI SISWA MASYARAKAT ISLAM ACEH UiTM

PROGRAM BAKTI SISWA MASYARAKAT ISLAM ACEH
25 JANUARI 2016 HINGGA 30 JANUARI 2016


“Niat Itu Seperti Surat. Salah Alamat, Salah Sampai Tempat.”

Alhamdulillah, 22 orang sukarelawan bersama seorang pegawai pengiring dan dua orang wakil media telah pun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 6.00 petang jam Malaysia pada tarikh 30 Januari 2016. Di saat jurnal ini sedang ditulis, ketahuilah pengalaman selama 6 hari 5 malam itu bagaikan mimpi kepada kami semua. Impian untuk menjejakkan kaki ke bumi Serambi Mekah itu ibarat angan-angan yang kami bina selama hampir 5 bulan, siapa sangka akhirnya ia menjadi kenyataan. Saya percaya yang semua ini bermula dengan niat. Niat ikhlas untuk membantu dan memberi sumbangan kepada mereka di Aceh.

Setibanya di Aceh, saya menyedari betapa kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan segala nikmat yang kita peroleh. Saya turut merasa kagum dengan kekuatan jati diri dan semangat untuk terus maju yang ditunjukkan dalam diri orang Aceh. Sayu diri ini tatkala melihat keperitan hidup yang mendesak golongan-golongan seperti anak yatim dan orang miskin, namun mereka sedikit pun tidak mengeluh, malahan menjadikan keperitan hidup itu satu pemangkin untuk melangkah jauh ke hadapan. Saya berasa sangat gembira setiap kali dapat bertemu dan beramah mesra dengan anak-anak yatim dan orang miskin di sana, lebih-lebih lagi itu adalah pengalaman pertamaku. Antara  rumah anak yatim dan perkampungan orang miskin yang kami lawati adalah Kompleks Perumahan Tzu Chi, Rumoh Seujahtra Aneuk Nanggroe, Perkampungan Kutaraja dan Gampong Jawa. Kami menari, menyanyi dan belajar bersama-sama dengan adik-adik di sana dan memberikan sedikit sumbangan dan hadiah. Mungkin pada orang lain hal ini tidak seberapa, namun ia sudah cukup untuk kami berikan sedikit cahaya kegembiraan di wajah anak-anak ini. Semasa sesi Art Therapy bersama Dr. Rafidah, sekali lagi saya diberikan peluang untuk bersama-sama menyelami hati dan perasaan anak-anak kecil ini. Sebak dada apabila ramai yang menyatakan kerinduan terhadap ahli keluarganya. Apa yang dapat saya lakukan untuk bantu mereka? Saya dan rakan-rakan lain cuba sedaya upaya memberikan kata-kata semangat dan berusaha meyakinkan mereka untuk terus kuat dalam mengejar impian masing-masing.

Di samping itu, kami juga berpeluang untuk ke beberapa tempat bersejarah peninggalan Tsunami pada tahun 2004. Antaranya Kuburan Masal, Kapal Apung, Masjid Baiturrahman, Masjid Baiturrahim, dan Kubah Terapung. Walaupun sudah 12 tahun Tragedi Tsunami di Aceh telah berlalu, namun kesan peninggalannya itu cukup untuk memberikan keinsafan dan membuktikan kebesaran Allah S.W.T kepada kami semua. Agak terkilan diri ini apabila saya tidak berpeluang ke Muzium Tsunami tetapi perlu ke Kantor Dinas Sosial bagi menguruskan hal berkaitan makan malam. Di saat itu, saya telah pelajari perkara baharu di mana walaupun kita serumpun, namun adat kita berbeza dan adat untuk majlis makan malam juga berbeza. Majlis Penutup dan Malam Kebudayaan merupakan malam kemuncak kami di sana, ia dihadiri oleh Prof Madya Sr Hj Ahmad Yaziz bin Hj Ahmad dan Wali Kota Banda Aceh. Tidak akan saya lupakan pengalaman pertama melakukan persembahan tarian Ngajat Tampi di hadapan hampir 100 orang. Bayangkan, kami semua yang tiada asas menari, telah bertungkus-lumus mempelajari tarian ini selama hampir tiga bulan untuk dipersembahkan pada malam itu.

Akhir sekali, pengalaman menyertai misi kemanusiaan peringkat antarabangsa ini telah memberikan seribu satu erti yang sungguh bermakna dalam hidupku. Hubungan persahabatan yang telah terjalin erat antara Malaysia-Malaysia dan Malaysia-Aceh merupakan satu petanda bahawa program ini sangat berjaya. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi MARA atas peluang yang diberikan dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pemberi semangat kami, Puan Noor Afzan binti Zakaria merangkap guru Subjek Kokurikulum Pengucapan Awam kerana sentiasa memberikan aura positif dan kata-kata semangat kepada kami semua. Seterusnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat baru daripada Universiti Syiah Kuala dan Universiti Islam Ar-Raniry yang banyak membantu dan menjaga kami sepanjang program berlangsung. Tidak lupa juga, salam sayang dan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan yang saling melengkapi antara satu sama lain yang saya kira merupakan penggerak utama kepada misi ini. Semoga hubungan yang terjalin kerana Allah ini akan terus berkekalan sampai bila-bila.
“Sebagai Manusia, Aku Sayang Padamu.”

NURSYAZREEN BINTI WAHID MARICAN
HPD 222A


UITM SHAH ALAM  

Infiru! Berangkatlah! Maju kehadapan dan berjihad kerana Allah, terus melangkah kuat dan gagah mengharungi liku-liku kehidupan. Senyum tatkala kehadapan, jangan angankan perkara yg sudah berlalu, sedia membantu demi bangsa agama dan negara, kerana firman Allah menyeru kita untuk sentiasa berbakti kepada yang memerlukan.

"Berangkatlah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dgn keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tggungjawab) dan berjihadlah dgn harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah untuk membela orang Islam , yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah:41)















Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.