Skip to main content

Ramadhan Manis =')

Hello peeps!

Macammana puasa? Alhamdulillah. Poof! kita dah berada di fasa ketiga Bulan Ramadhan.

Jadi apa yang korang buat sepanjang bulan penuh barokah ni? Alhamdulillah Ramadhan kali ni Allah temukan aku dengan 
sahabatsahabat yang comel ya ampun baik dan sentiasa ajak aku ke arah kebaikan walaupun gossip 
dengan buat baik sama banyak hahaha!

TADARUS! Yeap we did.

It’s all started with Alin, its her idea.
“Korang jom tadarus bulan puasa ni! Sehelai dua sehari pun dah cukup, asalkan kita buat..........................” (panjang lagi tazkirah dia actually haha)
Tapi sebab tu jugaklah kitorang semua on!

Nak tahu? Selain dilipat gandakan pahala mengaji Quran di bulan puasa, banyak manfaat yang boleh kita dapat dari tadarus ni. Here, lemme share sikit.


1) Erat hubungan silaturahim
Indahnya sebuah persahabatan. 
Lebih-lebih lagi persahabatan yang disulam dengan rasa cinta kepada Allah. Kerana sahabat yang baik itu 
akan sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan. Sounds cliche kan. Tapi serius, satu hari nanti kita akan sedar untungnya ada orang yang sentiasa mengingatkan benda-benda baik ni.

2) Dapat berkongsi ilmu
Setiap manusia dikurniakan Allah dengan pelbagai kelebihan diri 
masing-masing. Dengan bertadarus,
sambil-sambil duduk sekali baca tu kita dapat tengok lain orang lain style bacaannya. 
Ada yang laju, ada yang teiliti, ada yang berlagu, yang penting semua keistimewaan sendiri. 
Di samping itu dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman sekali.

3) Meningkatkan keyakinan
Mula-mula start tadarus hari tu, aku baca slow slow je, iyalah takut salah nanti malu. 
Tapi bila dah lamalama aku sedar, itulah tujuan kita bertadarus. Supaya apa yang salah dapat 
dibetulkan. Kan kita sentiasa nak jadi lebih baik dari hari ke hari? Ini satu permulaan. 
Kadangkadang sebab perasaan takut tu kita sampai hilang keyakinan diri, padahal dah betul pun. 
Jadi aku mula baca dengan yakin, dan sekiranya ada kesalahan kita betulkan.

4) Masa lebih berkat
Sebab masa itu emas! 
Lagi-lagi bulan posha ni takkan nak tidur je, bazirkan masa macam tu rugi tau. Apa salahnya 
sama-sama duduk baca quran. Serius sekali korang mulakan, dia rasa best lepas tu rasa tak nak stop. 
Aku sentiasa percaya, bila kita tak kedekut nak luangkan masa kepada Allah, 
Allah akan beri kita keberkatan masa. Contohnya, banyak lagi kena study tapi masa macam dah 
suntuk sangat. InnsyaAllah dengan masa yang berkat tu, walaupun pendek, 
tapi kita akan dapat study habis. 

Kadang-kadang walaupun masa banyak tapi rasa macam hmm apa yang aku buat tadi? Eh dah malam?eh dah pagi? Hmm cepatnya masa berlalu.
Jadi, sentiasa percaya dengan janji Allah.


Itu sahaja bebelan hari ni.


“Sayangi sebuah perkenalan
Kerana di situ tercipta kemesraan
Hargai sebuah perhubungan
Kerana di situ tercipta kerinduan
Hargailah kedua-duanya
Kerana itu rahmat Tuhan.”

*Bila aku baca post ni balik aku rasa baik sangat kahkah tapi ia tetap tak menghalang aku dari nak post , nak post jugak. At least aku boleh ingat ada jugak time aku ni baik. ihiks. Semoga dapat sentiasa jadi baik. Amiiin.*

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.