Skip to main content

"Why I Am Going To Keep Wearing Leggings" VS "Why I Chose To No Longer Wear Leggings" - Muslim view

Hari ni saya berniat nak tulis satu entry yang saya kira cukup menarik untuk dikongsi bersama. Baru tadi terbaca satu post yang bertajuk "Why I Chose To No Longer Wear Leggings"-Veronica Partridge , dengar tajuk pun dah best kan? like seriously orang puteh yang suka pakai legging sendiri pun dah tak nak pakai? Kenapa? kenapa? Korang boleh tekan link tu untuk baca. Lepas tu, terbaca pulak satu lagi post ni, ni kira macam reply post kepada yang tadi, tajuknya: Why I Am Going To Keep Wearing Leggings.-Shannon.




Ada percanggahan idea kat situ.



Saya sangat bersyukur kerana dilahirkan sebagai Muslim. Kenapa? sebab kita ada Al-Quran. Dan Allah dah turunkan segala-galanya kepada kita dalam Al-Quran. Kenapa perempuan Islam perlu pakai tudung, tutup dari hujung rambut ke hujung kaki dan hanya muka dan kedua telapak tangan sahaja yang dibenarkan? Semua jawapan ni ada dalam Al-Quran. Kenapa lelaki pula harus menundukkan pandangan?

Iya, memang benar fitrah lelaki tu mereka lebih suka akan kebendaan(objek). Dalam buku "Why Men Do Not Hear and Women Can't Read Map" ada tulis kajian yang menunjukkan, baby lelaki lebih tertarik dengan mainan dan baby perempuan lebih rapat dengan orang, sebab ianya fitrah. Itulah beza lelaki dan perempuan.

Ada sesetengah lelaki yang suka salahkan perempuan. Pakai tu salah pakai ni salah, cakap salah, letak emoticon salah, semua nak jadi isu. Isunya, sukar mereka nak menjaga iman kerana perempuan. Seriously? Kenapa nak salahkan perempuan? Kejap, kira iman lelaki ni terletak di pemakaian wanita, perilaku wanita, begitu?

Manusia ni dilahirkan dengan pelbagai rupa, gaya dan personaliti. Ada orang lelaki yang suka tengok perempuan pakai seksi, dia rasa tu 'turn on', tapi ada yang tak. Saya pernah dengar pengakuan dari seorang lelaki yang boleh kata alim lah mamat ni. Dia kata kalau perempuan seksi lalu memang dia takkan pandang, pendek kata major turn off. Tapi kalau perempuan tudung labuh pakai purdah lalu memang dia cair." Sekali lagi, guys. Apa ni? Jadi wajarkah perempuan tutup litup semata-mata nak jauh dari pandangan lelaki, sedangkan lelaki sendiri tak berjaya nak menahan nafsu sendiri? Analoginya, macam saya tengah diet nak kurus lepas tu ada pulak kedai burger depan ni bagi burger percuma. Nak tolak? rugi kot. Percuma. Nak ambik? tapi tengah diet nak kurus. You think? Nafsu tu jaga sikit. Kalau betul hati tekad nak kurus then terus blah tutup telinga mata jangan pandang kedai tu. Kedai tu nak laku, dengan cara tu dia promote kedai dia.



Ibarat perempuan masa kini, semua dah pandai bergaya, nak buat ikut rasa suka. Asal dia happy dia tak kesah orang lain. Untung-untung dapat test market sekali. Memang betul kita dah besar dan tiada siapa boleh halang apa kita nak buat. Tapi cuba fikir, kenapa ada sesetengah perempuan nak marah bila ada lelaki komen pasal pakaian mereka,,tingkah laku mereka.. Kenapa nak hirau semua tu? asalkan aku happy cukuplah. Stop it. Fikiran sesetengah perempuan yang macam ni bagi saya sangat bahaya, kerana ia agak liberal dan kebaratan. Ingat, kita boleh pakai apa kita suka, tapi kita tak boleh nak suruh orang lain suka apa yang kita suka, atau fikir macam otak kita. Ya betul, buat apa nak fikir pasal orang lain. Then, bila kena tegur kenapa marah? Cuba fikir balik kenapa orang tegur? adakah untuk kebaikan kita atau untuk menjatuhkan kita? adakah untuk menjaga maruah kita atau untuk memalukan mengaibkan kita.



Sebenarnya, korang pernah tengok ke korang pakai leggings ni ?


Berbalik kepada ayat di atas, yang kata, lelaki lebih tertarik kepada objek. Minda lelaki ni lain sikit. Diorang sendiri mengaku hal ini, diorang selalu fikir out of the box. Bila perempuan pakai sesuatu yang menarik perhatian mereka, kadang-kadang lelaki dah tak anggap perempuan ni sebagai perempuan tapi jadi objek. Nice to see, nice to hold, once broken consider sold. Kalaulah senang nak dijual beli begitu sahaja. Pasti, tiada siapa yang suka dirinya dijadikan bahan mainan. Jadi perempuan mahalkan diri, bukan dari segi pemakaian je, personaliti juga memainkan peranan yang penting. Tidak dinafikan, ada orang yang even dia tak pakai tudung tapi saya lagi respect dia dari perempuan yang pakai tudung. Sebab apa? PERSONALITI. Kalau pakai tudung tapi gedik ya Allah bila lelaki tegur sikit. hmmm.  



Ingatlah, fitnah terbesar buat para lelaki adalah wanita.

Jadi, tak boleh nak salahkan lelaki 200%. Itu tanggungjawab lelaki untuk menegur wanita. Lelaki ini pemimpin. Kagum juga dengan lelaki yang bersungguh-sungguh nak menyelamatkan maruah wanita.

"Kerana Allah. Sebagai manusia, aku sayang padamu."

Tapi lelaki. Ada hak untuk menegur bukan bermakna korang boleh mengaibkan wanita. Tak puas hati tegur cara baik, ada banyak cara dan Nabi Muhammad SAW sendiri tak pernah berkasar dalam menegur atau memperbaiki kesalahan umatnya. Wanita ni jiwa halus tauuu, korang rasa tak ada apa-apa, tapi perempuan dah tacing habes tau tak. Pleaselah, niat langsung tak menghalalkan cara. Saya faham, sebab saya pernah kena tegur dengan cara yang tak berhemah dan mengaibkan. Dan orang yang kena tegur macam ni hasilnya, dia akan berubah, yepp she will, tapi bukan sebab Allah tapi sebab kamu, lelaki, sedih sebab depan kamu jelah dia rasa perlu untuk behave sikit, then lepas tu...hmm...atau pun hati dia makin keras langsung tak nak berubah. Yepp, hidayah itu perlu dicari dan digali dari lubuk hati. USAHA tu penting, but boys again BEHAVE. Macammana kamu sayang mak kamu, macammana kamu sayang perempuan, macam tulah kamu kena jaga hati diorang, jangan berkasar..sangat. sikit-sikit yang perlu takpa.

Itu sebabnya kita perlu bersyukur dengan Islam dan Al-Quran. Sebab kita dah tak payah panjang lebar nak berhujah nak cari titik perhentian kat mana. Macam dalam entry kedua-dua post kat atas, yang komen semua tengah sibuk kata perempuan salah tak lelaki salah, ehhh. habis siapa yang salah?

Tiada siapa yang salah.

Selagi kita percaya bahawa hidup di dunia ini satu persinggahan. Tempat kita mengumpul amalan. Percaya dan buat apa sahaja dengan niat kerana Allah swt, ikut sunnah Rasulullah saw, dan fahamkan isi kandungan al-Quran. InnsyaAllah. Kita akan lebih bersederhana, wasatiyyah. Jangan terlampau ikut rasa hati, ikut perasaan. over.

Ikut hati mati, ikut rasa badan binasa.

Akhir sekali, kita takkan mampu nak ubah semua orang ikut citarasa kita, dan semua orang takkan boleh ubah kita. Jadi diri sendiri, sentiasa yakin dan gembira dengan diri anda. Yakin dengan penampilan dan personaliti kita sendiri. Penting sekali, semuanya haruslah berlandaskan syariat Islam.



Islam is so easy and simple. Islam yang bersifat syumul. Fahamkan, luaskan dan jangan dipersempitkan. Jangan cari kesalahan tapi carilah jalan penyelesaian.



Tak apa kalau ada yang tak setuju dengan apa yang saya kata, ni cumalah sedikit pandangan dan luahan rasa hati sahaja. Harap tiada yang terguris =)

Salam.

Comments

Anonymous said…
wow...
Anonymous said…
So, how do you think we can teach girl to wear hijab?

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.