Skip to main content

Cara-cara menghilangkan Stress : Final Exam

Hai semuaaaaa hai!

Assalamualaikum.

Memandangkan sekarang ni tengah musim final exam, jadi kebanyakan student tengah dalam mood stress. Even hal-hal yang remeh-temeh pun kita dah nak stress. Contoh: "esok nak exam ni banyak lagi tak study nih! ARGHHHH STGHESSS!"



Jadi, apakah cara untuk mengelakkan situasi seperti atas ni?

Mudah je. Study Awal. =) By making an early preparation

Step by step : Cara menghilangkan Stress

Katakan anda dah tidur awal semalam sebab dah terlampauu stress. Otak manusia tidak akan mampu bekerja atau berfungsi dengan baik dalam keadaan stress. Daripada nak memerah otak buat segala task tu, apa salahnya anda tinggalkan semua tu sekejap, pergi tidur dulu. Badan dan otak saling berkait antara satu sama lain. Bila otak kita penat, badan pun akan jadi tak bermaya, dan begitulah sebaliknya.

Bangun awal.
Bila tidur awal kita akan lebih mudah untuk bangun awal. Ya, kalau boleh cuba bangun setengah jam sebelum Subuh. Kalau rasa anda tak mampu untuk bangun dengan sendiri, set alarm. Set alarm sebanyak mungkin at least kita ada usaha untuk bangun awal.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan setelah bangun dari tidur adalah......ALHAMDULILLAH.
Say it. Kita perlu bersyukur kerana masih dapat bernafas pagi ni, walaupun semalam punyalah stress sampai kepala rasa nak pecah. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan kita.


Seterusnya, kita perlu tunjukkan rasa kasih dan sayang tu kepada diri sendiri. Let your body feel it. Minum segelas air suam dulu.
Lepas tu, jangan lupa lakukan sikit stretching untuk biarkan otot - otot kita bergerak dan bersedia untuk buat macam-macam sepanjang 24 jam seterusnya.


Sekarang, adalah bahagian yang paling saya suka, manjakan diri anda! Nilah masanya anda nak scrub badan, shampoo rambut, gosok gigi dan segala-galanya.


Siap semua tu, jangan lupa pakai losyen badan. Pilih losyen yang mempunyai haruman segar yang berpanjangan. Saya pakai losyen Enchaunter, bila pakai serius rasa sangat lembut, wangi, tiba-tiba rasa nak menari sebab ada background music macam dalam iklan Enchaunter lagi-lagi ada pulak model laki yang hensem tu hahaha. Ok stop it.

Face!
Jangan lupa jugak penjagaan muka, sebab ini penting. Skrub, cuci, toner, moisturize, semua ni basic skin care routine seperti yang semua sudah sedia tahu. Lagi satu, sambil-sambil cuci muka dengan pakai moisturizer tu, kita boleh urut muka slow-slow untuk melancarkan perjalanan darah. Kalau nak tahu step urutan yang muka yang lebih berkesan, anda boleh search kat Youtube tapi saya lupa apa nama urutan yang famous tu, takpa search je face massage.

Dan kalau sebelum ini, anda selalu ikat rambut, kali ni biarkan lepas. Let it go! Sebab rambut yang diikat kemas akan menambahkan lagi tekanan dan stress tu dekat kepala. Lepaskan dan bagi urat-urat kepala dan rambut berehat seketika. Nak best lagi, anda boleh search head massage dan cuba buat sendiri.

Selalunya kita ni kat rumah malas kan nak pakai baju cantik-cantik. Malaslah, bukan pergi mana pun, bukan ada orang tengok pun, last-last baju yang sama jugak dipakainya, t-shirt tu dengan seluar tu lah. Masalah sekarang, bukan soal siapa-siapa nak tengok, tapi diri kita sendiri dulu yang penting. Bagi saya, apa yang kita pakai akan mencerminkan diri kita. Tak salah untuk kita pakai apa yang kita rasa selesa di rumah, tapi biarlah ada kelainan sikit atau setiap hari akan jadi bosan, serius tersangatlah bosan nanti. Bila bosan memang automatik takkan ada mood. Bila tak ada mood mulalah buat kerja sikit tak jadi lepas tu nak marah..stress lagi.

Hakikatnya aku sendiri selekeh je kat rumah hahaha

Pakai baju cantik sikit, why not? untuk diri sendiri jugak kan. *wiwiit*
Lepas tu sprayy perfume yang wangi2, *haha tertulis mangi tadi and i rasa lawak*
Now, you're half done!


Solat. Never miss solat my friends. Yup. Peringatan buat diri sendiri juga.
 [Waktu SUBUH:Alam berada dalam spectrum warna biru muda yang berkait rapat dengan rezeki dan cara berkomunikasi. Pada saat azan berkumandang, tenaga alam ini berada di tahap optimum yang akan diserap saat kita rukuk dan sujud.]




Kejap....kejap.
Belum siap lagi.

Saya tertinggal satu benda tadi, lepas bangun tidur sepatutnya kemas katil dulu.*nampak sangat tertinggal terlupa terus sebab memang jarang buat haha*



Seterusnya, kemas jugak lah meja belajar ke tempat buat kerja ke, kemas rumah, kemas sikit almari baju. Ini kerana, manusia secara lahiriah,*amboi ayat* akan lebih cenderung ke arah perkara yang cantik-cantik, yang sedap mata memandang. Bila tengok buku-buku, baju-baju yang senget-benget, tak pasal-pasal otak kita jadi senget sekali. Jadi, luangkan lah sedikit masa untuk kemas sikit apa yang perlu ya.

Now, my favourite. Breakfast!

Sarapan pagi sangat sangat sangat penting ya anak-anak. Berapa kali mama pesan minum air milo+susu tu,ini tak, dibuang ke dalam sink budak-budak ni. Padanlah aku sekarang tak tinggi macam adik beradik lain, kurang zat rupanya.
Pilih sarapan yang tak terlalu berat, sebab nanti akan buat kita cepat mengantuk. Pilih yang sedang-sedang, dan jangan lupa air panas. Tak kesah lah kopi ke teh, susu ke milo, apa-apa sahaja yang sesuai dengan umur dan selera anda. A hot water dapat beri kecergasan dan turn on seluruh sistem badan anda. Betul ni, contoh kopi sebelum minum mesti kita akan ambil aroma dulu kan, sebab aroma kopi tu yang masuk terus ke otak dan dapat bagi kesan kepada seluruh sistem badan. Lagi satu sebab kenapa nak air panas bukan sejuk? pagi-pagi dah lah sejuk nak minum air sejuk lagi ke....i cannot...


Dan yang palinggggg penting, sepanjang kita buat semua step kat atas ni sambil - sambil tu boleh kita berselawat. InnsyaAllah, segala-galanya akan menjadi mudah, yang berat terasa ringan, yang sempit dilapangkan.



Anda  mungkin tak setuju dengan sesetengah tips yang saya berikan ini, tapi cubalah, walaupun tak dapat hilangkan stress, harap dapat memperoleh satu tips baru. Jangan lagi menambahkan stress sudahh.

Baiklah, sampai sini. Terima kasih sudi baca. Doakan semua pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan sekarang dapat jawab dengan tenang, cemerlang dan pass with flying colours nanti. InnsyaAllah, amiiin.


Comments

Shah Rukh Din said…
Nice info for final exam. thanks.
Shah Rukh Din said…
anyway, ex-PALAM jg kan?
ereenmrcn said…
Thank you =) Yup ex palam
Nabihah said…
Thank you for the lengthy but very interesting points.

Suka baca info2 macam ini hihi 😊

Nak relax boleh gak tutup buku kejap. Lepas tu zzzzz. Tapi ada limit lah hihi

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

KOREA , RAYA AIDILFITRI 2017