Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014
Aku memang tak selalu update gambar kat ig, aku pun bukan jenis yg suka tweet. Bukan apa, aku ni kalau sekali cakap memang banyak, twitter tu pulak sangat terhad. Limited. Sebab tu aku lebih suka cerita dalam blog. unlimited.
Pertama sekali, Alhamdulillah, aku dapat jadi Sekretariat Mahasiswa Fakulti @ SMF Fakulti Sains Gunaan. Dah jadi seki smf ni kena serius sikit, sebab kita bekerja dengan fakulti, ya baru fakulti, kalau mpp baru bekerja under universiti. Nak kata busy tu agaklah… Saya memegang EXCO Jaringan Hubungan & Tajaan. Secara peribadinya, saya rasa exco ni best, serius. Dari awal lagi walaupun saya kurang pendedahan dalam skop kerja EXCO ni tapi yang nilah yang saya paling minat…paling rasa nak. Alhamdulillah, rezeki. Saya dapat jadi exco ni. Sekarang dah tahu skop kerja, kenalah bekerja dengan lebih keras.
May Allah ease everything. Untuk program-program yang akan dijalankan, akan dikendalikan dan bakal dirancang, semoga semua berjalan lancar. Jujur, kami semua (sm…
Aku adalah antara orang yang tak pernah berpeluang nak buat aktiviti lasak masa zaman sekolah dulu. Aku suka aktiviti luar ni tapi dari dulu memang asyik tak ada rezeki nak join. Mungkin sebab aku dulu Puteri Islam tu yang susah sikit nak dapat peluang buat aktiviti outdoor bagai.
Jadi, pengalaman kem first aku adalah kem KPO (Kem Pengurusan Organisasi) hari tu. Aku ingatkan pergi dengar ceramah je. Rupa-rupanya malam tu jugak dah ada night walk. Bayangkan, aku ni masuk hutan pun tak pernah (kalau setakat hutan belakang rumah cek aku tu pernahlah,ni memang betul2 hutan kot!), ini pulak nak jalan dalam hutan malam-malam, redah sungai, turun bukit yang curam 90darjah. Memang pengalaman baru dan sangat best. Nasib baik jugak benda ni buat malam, takde lah orang nampak aku jatuh tergolek tersungkur semua ada masa panjat bukit-bukit tu, Hahaha!
Kali ni aku akan cerita serba sedikit mengenai kos yang aku dapat ni. Sains dan Teknologi Makanan di UiTM Shah Alam. Masa aku mula-mula dapat tau ni, aku terus search google, tapi malangnya tak banyak info pasal ni. Jadi aku harap, dengan adanya blog ni aku dapat share serba sedikit pasal kos ni dengan junior-junior pada masa akan datang. Jadi, lepas selesai minggu MDS dan pendaftaran, maka bermulalah kehidupan kita sebagai mahasiswa-mahasiswi. Pada mulanya, memang semua pun macam tak tahu nak buat apa, yelah, duduk tempat baru, fakulti kat mana apa semua tak tahu. Tapi takpe, slow2 kita belajar. Kepada yang fakulti dengan kolej jauh, boleh naik bas. Bas ni ada banyak laluan, nak senang Tanya je pak cik tu, bas ni pergi sini sini tak?. Ok , untuk Fakulti Sains Gunaan, fakulti kita terletak dalam Menara SAAS, untuk ke Menara SAAS ni kita kena naik bas yang berhenti di hadapan kolej Seroja. Bagitau pakcik tu nak pergi Seroja. FSG ni besar lah jugak, dia banyak jalan pusing2, first time…