Skip to main content

Selamat Hari Raya! #NikMaricanRaya |2014| |Baju, biskut raya,etc|

Assalamualaikum.




Okey seminggu raya, amacam best tak? Hehe. Cerita raya aku kali ni panjang sikit sebab ada banyak drama. fuhhh. serius macam-macam jadi, rasa macam duk dalam cerita Samarinda: Ramadan Jangan Pergi pun ada. Haha.
Ok cerita panjang yang atas tu pun tak guna sebab korang takkan faham, heee. Tu rahsia cerita raya kitorang , yang aku namakan "The Fault in Our Raya". Mungkin lain entry baru aku cerita sikit2.


Let's get into the best and fun and enjoyable parts!!!




Cerita Raya 2014



                            



Mula dari bulan puasa betapa eksaitednya nak raya, kejap bukan saja-saja eksaited lebih tahun ni, tapi sebenarnya buat ganti tahun lepas punya. Tahun lepas tak puasa kat rumah jadi tak dapat buat preparation raya langsung, sedihh sebab tak dapat tart nenas hasil air tangan sendiri. Tapi tahun ni tidak lagi! Hehe. Biskut raya , saya buat! Ofkos yang kita suka, tart nenas no.1 favourite mama dan saya. Lepas tu biskut cip coklat yang semua orang suka. Sayangnya biskut semperit tak sempat buat.
Dua hari sebelum Raya, kitorang buat tapai. Tapi masa ni saya tak berapa sihat, masa buat tu pun pening2 rasa nak demam. Dan malam tu , demam.
Sehari sebelum raya pulak adalah misi membuat ketupat, haha , tadi tertulis keputat rasa kelakar gila,okey, sayagelaksorang2rupanya. Malangnya, semua dalam rumah tu demam, taklah semua. Tapi, last2 yang duk bungkus ketupat tu mama, "cek"(nenek), dengan eyin jaa. Faham2 jelah budak baru belajar nih, orang lain buat jadi ketupat, eyin buat jadi 'keputat' haha boleh agak tak rupa dia bila dengar nama 'keputat' tu?
Tak kesahlah. Rasa dia sama jugak, sedap. Serius sedap. Tapi kali ni buat yang kosong je, takde inti, sambal daging, kacang bagai.



Baju raya. Betapa gigih kakelly dengan eyin bukak website/ig Jovian, Azuracouture, Rizalman habis semua designer sebab nak tengok design baju raya. Beli dengan diorang? Mestilah tak. Sebab mama boleh jahit semua tu. Percaya atau tidak, mama dah buktikan. Yang penting puas hati jahitan mama yang cantik dan selesa bila pakai. Awwwh WE love you so much Mama!
Lepastu, kami sibuk pulak cari tudung raya. Mula-mula cari dekat kuching ni, tapi tak jumpa. Ingat nak pergi KL singgah Jalan TAR dulu, hmmm tak jadi pulak.
Nasib baik ada last choice, Pasir Mas. oh yeah. Sebab kitorang memang suka pakai tudung bawal, apalagi suka sangat bila masuk dalam pasar Pasir Mas tu, macam2 jenis tudung bawal, kualiti bawal dia cantik tau, harga pun berpatutan. Bawal yang baru sekarang nih, bawal batik. Dia ada corak batik cantik sangat. 



Nih baju eyin cari. Gambar dari Zalora: Jovian punya




Nih Kakelly. Sama jugak dari Zalora: Jovian




Perjalanan. 

Ini part yang semua orang tak suka. Perjalanan balik kampung. Dari kuching flight ke kl.(tak penat) Dari kl drive ke kelantan. (penat). Walaupun bukan saya yang drive tapi duduk atas kereta juga adalah sesuatu yang memenatkan. *sigh* bertolak pukul 7pagi dari kl sampai kelantan pukul 4 petang. Kira okey dah tu jalan tak jem. 


Akhir sekali, koleksi gambar raya favourite.  #NikMaricanRaya2014


Semua pakai tudung bawal, style je lain.



Baju Mama Jahit yang exactly sama!
Tengok yg kakelly pun sama kan!



Cousins


* Sebenarnya banyak lagi gambar tapi cukuplah setakat ni dulu.

SELAMAT HARI RAYA. Raya sebulan okey, heee. kosong kosong.






Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

KOREA , RAYA AIDILFITRI 2017