Skip to main content

Kerja paling leceh di dunia

Ada banyak kerja dalam dunia ni. Ada yang senang contohnya tidur dan makan. Tapi tak senang jugak, sebab akan jadi payah contoh bila tidur tak lena dan makan tak lalu, maka perkara yang nampak mudah ni akan jadi sukar.

Ada juga kerja yang berat contohnya buruh-buruh yang buat bangunan. huih penat tuu, tak kira cuaca hujan panas, tetap membanting tulang melakukan pekerjaan. Sama juga dengan petani dan nelayan. Tapi nelayan mungkin dah masuk dalam kategori kerja yang bahaya. entah. Tapi bagi aku laut tu bahaya. Sebab tu aku takut sikit dengan laut. Selain itu, kerja yang berkaitan dengan atas langit juga agak membahayakan.

Tapi, adakah anda tahu apakah kerja yang paling leceh?
|
|
|
|
|

#3 Buang ekor toge/taugeh
Anda kenal taugeh? Ingat tak sekolah rendah dulu mesti ada projek sains bawak tisu/kapas dan bekas untuk tanam toge kan. Aku punya tak jadi, tanam toge pun fail hmm nasib baik exam lulus.
Ini rupa toge........................

                           
                          Hai saya ada ekor, sila buang ekor saya. Anda nak makan ekor saya?

Jujurnya, aku suka makan toge dan aku langsung takde masalah dengan makan ekor toge, rasa dia toge jugak kan. Lagi  ekor lembu aku makan, jadi takde masalah bagi aku.

Tapi bila buat makan2 mesti mama suruh buang ekor toge and I was like.....seriously? Toge banyak kot.

Secara rasionalnya, elok jugak dibuang ekor tu lagi-lagi untuk diberi makan kepada orang ramai. Lebih bersih dan cantik. Jadi tak ada masalh pun. hehe *cuma kalau makan sorang aku telan je.*


#2  Buang kulit sotong

Ini rupa sotong sebelum dibuang kulit.
Sama juga jawapan Mama bila aku tanya kenapa perlu buang?
Barulah nampak cantik. Semua putihhh je.
Tapi, boleh bayangkan tak kulit sotong yang halus nipis tu.....melekat pulak,haih. Ini betul leceh.

Hasil selepas dibuang kulit, bayangkan squidward yang tak pakai baju. Hmm tak tak tak sama, sebab squidward tengok banyak kali pun tak rasa selera nak makan. hahaha

"Spongebob, Jangan kacau saya!!!"

#1 Jaga sofa/kerusi putih
Kerusi-kerusi putih sesuci lebaran di rumah kami.

Cerita disebalik macammana nak kekal warna putih tu penuh dengan suka duka. Mama memang dah lama nak kerusi set sofa warna putih semua, akhirnya bila pindah ke Sarawak ni baru dapat buat rumah macam ni. Pertama sekali disebabkan kami adik-beradik semua dah besar, lagilah takde hal nak pakai putih. Kalau dulu fikir sejuta kali jugak sebab adik2 kecik lepastu suka main panjat pijak atas kerusi sofa semua nih. Sekarang dah tak buat macam tu.

Walaupun begitu, dah namanya putih, memang manja sikit. Boleh tak cakap manja banyak??hahaha. Abah kalau nak baca surat khabar atas kerusi tu kena pastikan yang surat khabar dengan kerusi tu tak bersentuhan langsung. Haaa. Sebab dakwat surat khabar tu mudah sangat melekat kat sofa putih kesayangan Mama.

Kadang-kadang, tengah duk syok borak2 atas kerusi tu, sambil2 angkat kaki letak atas kerusi...Haaa yang ni memang pantang jugak. "Kaki tu kotor, kerusi tu putih" . Terus turunkan kaki.

Dan....dua tiga minggu sekali kami akan basuh kerusi sofa semua ni pakai berus...........gigi. Yup.

Nampak tak ada keluar hitam hitam tuu?




Tapi sebenarnya, bila kita pakai atau guna apa2 sahaja yang berwarna putih, secara automatiknya kita akan jadi lebih peka terhadap kebersihan. 

Tak percaya?? Cubalah buat kerja2 paling leceh ni. Atau anda tahu kerja2 lain yang lagi leceh daripada ini?? 

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

KOREA , RAYA AIDILFITRI 2017