Skip to main content

Marah

Dendam itu bara, Marah itu api. - Ramlee Awang Mursyid


Marah boleh datang dalam macam2 cara.
Kadang-kadang kita marah orang lain sebab nak tutup kesalahan diri, ini ego.
marah pada diri sendiri bila sedar yang kita dah buat silap, ini menyesal.
Marah pada orang yang pernah aniaya kita, ini dendam.
Marah tak tentu pasal, itu gila....

Adakah kita tergolong dalam orang-orang yang sebegini?

Syaitan paling suka dengan orang yang tengah marah. Sebab tu kalau rasa nak marah, jika berdiri, terus duduk, lepastu cuba baring. Pejam mata dan tarik nafas. Ambil wuduk dan hapuskan kembali api kemarahan tadi.

Bila kita marah orang lain, mungkin kita rasa puas, rasa dapat lepas segala-galanya. Tapi, orang yang kita telah marah tu akan rasa tertekan. Lepas tu marah lagi orang lain dan kitaran ini akan berulang.

Sekali hati terluka, pasti ada parut yang ditinggalkan. Parut ini kalau tidak dijaga dari awal, bimbang ianya akan kekal buat selama-lamanya. Walaupun rasa pedih itu telah hilang, tapi memori itu masih segar dalam ingatan. Inilah dendam.

Setiap orang ada baik buruknya. Yang pasti, tiada siapa pun nak dapat label buruk, semua nak yang baik. Tapi ada sesetengah orang lebih suka mendengar/bercerita mengenai keburukan orang lain daripada yang sebaliknya.

Dan pengubat untuk semua ini adalah.......SABAR.
Fahami, dalami dan hayati makna sebenar sabar.
Sabar ini juga seiring dengan tawakkal.

InnsyaAllah.

To a better heart.

Selamat Malam. Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.