Skip to main content

Bantu Gaza,Palestin. Islam Jangka Panjang

Siapa kat sini dah start mood raya? oh SAYA!! Ya, sebab sekarang ni dah duk fikir tudung raya tak beli lagi, biskut raya tak siap lagi dan segala-gala untuk hari raya. Tapi tahu tak? Sedang kita duk eksaited nih, rakyat Gaza Palestin tak sempat nak fikir apa-apa pun pasal raya. Allah..... mula sedar betapa sombong dan pentingkan diri kita yang duduk jauh ni.

Mari kita saling membantu dengan------------------
Beri DERMA yang semampunya supaya dekat sana dapat menyediakan peruntukan dari segi kesihatan, perubatan, makanan dan keperluan asas yang lain.
Orang tak suruh kita pergi sana bertarung berlawan , tak. Tapi apa yang penting adalah senjata terkuat kita sebagai umat Islam, iaitu DOA. Sesungguhnya doa orang-orang yang berpuasa , orang yang teraniaya dan doa di bulan Ramadhan ini sangat berkat dan InnsyaAllah akan dimakbulkan. Jadi, marilah kita sama-sama menggunakan peluang yang Allah berikan pada kita pada hari ini untuk berdoa buat rakyat Palestin.

Itu je? Apalagi yang boleh kita buat, selain daripada derma, doa, boikot dan sebagainya, selain daripada ramai2 duk pakat share post kat fb. Apalagi? Di sini, saya akan beritahu dengan lebih lanjut.


#1 Bersatu-padu
Dugaan . Pada mereka yang kehilangan orang tersayang, pada kita yang melihat dari jauh. Kita buat yang termampu, yang penting kita semua perlu BERSATU PADU. Bersatu ini perlu datang dari hati yang tulus ikhlas, lepastu innsyaAllah apa yang kita doa, kita SAMA-SAMA DOA akan dimakbulkan. Setakat ni, di Malaysia sahaja, orang Islam kita boleh dibahagikan kepada tiga empat puak. If u know what i mean. Mestilah korang tahu, lagi-lagi yang keyboard warriors. Ini untuk korang. Makin ramai jugak yang suka membangkitkan isu politik/perkauman dalam laman sosial yang lebih menjurus kepada mengaibkan atau menjatuhkan reputasi seseorang.

Bayangkan , bila kita seorang memang senang kena buli, tapi bila kita ada geng yang ramai, diorang takkan berani kacau.


#2 Berilmu
Jadi ilmuwan Islam, kembalikan zaman kegemilangan Islam suatu masa dahulu. Pada zaman itu, di mana agama lain semua kagum pada Islam. Kerana kita punya ramai ilmuwan yang pakar dalam pelbagai bidang.
Kita punya ilmu dan kemahiran dan paling penting kita punya nilai akhlak yang tinggi. Tu masuk point lepas ni.

*Dulu masa saya mula2 masuk sekolah ni tak ada yang nak kawan, lepas exam sekali baru diorang tahu saya terer bm, terus jadi kawan. #truestory #sekolahrendah

Elakkan juga dari jadi, ilmuwan yang sombong.
>>>"Orang yang ada ilmu tapi sombong kerana ilmunya baru sejengkal, kerana nak jadi orang yang betul-betul berilmu ni kena ada tiga jengkal. Dapat sejengkal, orang itu mudah jadi sombong. Jengkal yang kedua, dia menjadi tawadhuk, Jengkal yang ketiga dia akan masuk fasa rasa tidak tahu apa2. Sebab dia sedar selua-luas lautan ilmu itu milik Allah, yang kita dapat cumalah setitik."--Ustaz Badli Shah Alauddin.
 Konklusinya, orang yang betul-betul berilmu memang dia tidak akan sombong dan tidak pernah sesekali memandang rendah terhadap orang lain. Berbeza pula dengan orang yang baru ada sejengkal ilmu dia ni akan jadi mengada sikit, itu tak boleh ini tak boleh, semua yang orang lain buat salah.


#3 Kemahiran
Malangnya, ramai yang berilmu tetapi tidak beramal atau tidak menggunakan ilmu itu, hasilnya kita kekurangan tenaga kerja yang mahir. Sebut je, macam-macam jenis teknologi IT dan segala kelengkapan keperluan hidup pada masa kini diinovasi atau dicipta oleh orang agama lain.  Ini menunjukkan begitu mudah Islam kini dikawal oleh agama lain. Ada yang antara kita ni tak nampak akan hal sebegini, terus fikir langkah mudah untuk boikot. Itu short-term bolehlah. Tapi untuk long-term, kita kena bersatu, berilmu, dan punya kemahiran ni. Tingkatkan pakar2 dalam pelbagai bidang agar kita dapat mengembalikan kegemilangan Islam.

*Contoh: Orang jual nasi ayam, kita beli sebab nak makan nak tahu apa rasa. eh eh sedap! Tapi sampai bila nak makan je beli... Sebab tu kita kena pandai buat sendiri.

**Sokong barangan tempatan agar kualiti produk yang dihasilkan negara dapat menjadi lebih maju!

Insiden MH370 : Tragedi ini benar-benar membuka mata kita, segala yang terjadi merupakan pengajaran dan wajib bagi kita untuk jadikannya sebagai iktibar.
**Tengah tulis entry ni, dapat lagi satu berita mengejutkan, Pesawat MAS (MH17) yang membawa 295 penumpang yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan hilang hubungan dengan menara kawalan pada awalnya sebelum dilaporkan terhempas.

Takziah dan Al-Fatihah buat kapten pesawat, anak-anak kapal dan semua penumpang. Astaghfirullah. Semoga ahli keluarga mereka tabah. Ya Allah. 


#4 Akhlak
Rasanya dah banyak kali kita dengar cerita2 zaman nabi dahulu, bahawa ramai yang memeluk Islam kerana kagum dengan akhlak terpuji yang ada pada Rasulullah s.a.w. Apa kata kita mula dari satu langkah mudah dulu, jaga kebersihan. Tolonglah jangan buang sampah merata-rata, jaga kebersihan tandas awam, ini tak, nak masuk tandas awam bukak pintu pun dah tak selera. Apatah lagi di masjid-masjid, benda ni nampak kecil tapi besar impaknya. Sebab semua yang besar yang hebat ni bermula dengan satu langkah kecil. Kemudian, cuba kurangkan diri dari ambil tahu hal orang lain, daripada fikir buruk atau buat andaian sendiri tentang seseorang. Kalau ada masa, ulang kaji balik sifat-sifat terpuji Rasulullah serta para sahabat dan cuba mencontohi mereka. (Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah......dan banyak lagi)


Mungkin ada yang tak nampak lagi kaitan antara kempat-empat point ini. Mari kita buat formula.

Kita tak nak tanam dalam pemikiran orang luar bahawa: ISLAM=BERJANGGUT=KOTOR=SUKA GADUH SESAMA SENDIRI=TERRORIST.

Kita nak : ISLAM=HENSEM LUAR DAN DALAM=BERSIH=BERSATU=KEAMANAN=KAWAN

***Pendapat saya yang tak seberapa, yang mana bagus tu dari Allah, dari ustaz2, dari sumber2 yang dicari gali, yang macam tak betul dan tak boleh pakai tu dari diriku sendiri. Saya sambil tulis ni pun duk dengar lagu omputeh, saat ni tengah dengar lagu ''Boom Clap-Charlie XCX". Cermin diri dulu sebelum cakap lebih-lebih.

Assalamualaikum kepada yang baca.





Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.