Skip to main content

Tawakkal...Tawakkul

Source: 

Tawakul - Trust Allah (TheMercifulServant)


Tawakal adalah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah.

Kita mungkin akan melalui pelbagai onak dan duri di sepanjang kehidupan ini. Pernah juga diuji sampai kita rasa macam dah tak nampak cahaya, semua yang ada kat depan gelap-gelita. Tapi itulah KEHIDUPAN. Mungkin terlintas di fikiran bahawa apa yang dilalui sekarang adalah sesuatu yang sangat menyakitkan, ini....ini kegelapan. Tapi sebenarnya, Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik buat kita semua. ITU PASTI. Dan kita wajib percaya dan yakin bahawa setiap yang berlaku ke atas diri kita tu mesti baik....mesti ada hikmahnya.

Buat masa ni, memang kita tak tahu....kita tak nampak apa-apa pun lagi. Tetapi percayalah yang kita akan dapat lihat kebaikan itu, cepat atau lambat, samada di dunia mahupun di akhirat. 

Ibn Rajab menceritakan kisah Qadil Maristan.

Qadil Maristan/Abu Bakar: 

>>>Suatu hari Qadil Maristan dalam keadaan yang sangat lapar namun penuh tawakkal kepada Allah berjalan-jalan di sekitar bandar Mekah. Tiba-tiba, QM terjumpa satu uncang yang diikat kemas. QM membawa uncang itu pulang ke rumahnya lalu membukanya. QM mendapati di dalam uncang itu berisi seutas rantai mutiara yang sangat cantik. Beliau tidak pernah melihat rantai yang secantik ini. Walaupun begitu, beliau masih lagi bertawakkal kepada Allah.

Kemudian, QM kembali ke bandar Mekah dan mendapati terdapat seorang lelaki tua yang telah kehilangan seutas rantai. Lelaki itu juga akan menghadiahkan 500 dinar kepada sesiapa sahaja yang jumpa rantai miliknya itu. Lalu QM berkata kepada lelaki tua itu, :"Datanglah ke rumah ku, mungkin uncang mu ada dengan ku." Saat lelaki tua itu tiba di rumah QM, beliau tidak terus memulangkan uncang tersebut, sebaliknya menyakan beberapa soalan bagi memastikan bahawa lelaki tua ini tidak menipu. Namun, tiada keraguan lagi setelah lelaki tua itu dapat menjawab segala soalannya malah dapat menceritakan dengan terperinci keadaan uncang dan rantai tersebut. Tidak syak lagi, orang tua ini adalah pemilik rantai yang benar. Beliau memulangkan uncang tersebut tanpa menerima apa-apa ganjaran. Beliau yakin kepada Allah dan percaya bahawa dirinya tidak layak untuk mendapat ganjaran tersebut.

Qadil Maristan ini juga sebenarnya adalah Abu Bakar As-Siddiq.
Abu Bakar kemudian menaiki kapal belayar meninggalkan Mekah. Dalam perjalanan, suatu kejadian tidak diingini telah berlaku dan kapal itu tenggelam, ramai yang mati lemas. Abu Bakar terselamat dan telah dihanyutkan dalam jangka masa yang panjang, akhirnya tiba di sebuah pulau. Tiba sahaja di pulau itu, Abu Bakar segera mencari masjid. Beliau masuk ke dalam masjid mendapati tiada orang di situ dan kemudian membaca Quran. Setelah itu, orang kampung datang ke masjid dan menghampiri Abu Bakar. Mereka meminta agar Abu Bakar mengajar membaca Quran. Abu Bakar bersetuju. Orang-orang kampung sangat gembira dan mereka menghadiahkan pelbagai barang sebagai penghargaan buat Abu Bakar. 

Masa semakin berlalu pergi, orang-orang kampung risau yang Abu Bakar mungkin akan meningglkan mereka untuk kembali ke kampung halamannya. Lalu mereka berhajat untuk menyatukan Abu Bakar dengan seorang anak gadis, merupakan anak yatim piatu di kampung itu. Pada mulanya Abu Bakar menolak, tetapi akhirnya beliau bersetuju. 

Pada malam perkahwinan, saat Abu Bakar pertama kali terpandang isterinya itu, beliau sangat terkejut. Kerana di leher isterinya terdapat seutas rantai mutiara yang cukup dikenalinya. Itulah rantai yang dijumpainya suatu ketika dahulu. Alangkah terkejutnya sebahagian orang kampung yang mengetahui hal ini. Allahu Akbar. Rupa-rupanya, lelaki tua yang merupakan pemilik rantai tersebut adalah bapa kepada isterinya itu. Dan lelaki tua itu sering menceritakan kepada orang kampung tentang kebaikan seorang lelaki yang mengembalikan rantainya dan tidak menerima apa2 ganjaran. Lelaki tua itu juga sering berdoa agar Allah mengahwini anak gadisnya dengan lelaki yang baik itu. 

Ini yang berlaku bila kita bertawakal dengan sepenuh hati saat menghadapi kesusahan, kerana Allah itu sebaik-baik Perancang, yang akan meringankan serta memudahkan segala-galanya buat kita semua. Dan saat yang indah itu pasti akan tiba :)

Namun, lumrah kehidupan ini. Perjalanan kita tidak akan pernah berhenti. Ibarat baru jumpa cahaya keluar dari kegelapan gua tadi, lepas tu depan sikit je lagi dah kena masuk gua yang lain pulak. Cerita Abu Bakar tadi pun belum habis. Abu Bakar kemudian hidup bahagia dengan isteri tercinta dan dianugerahkan dua orang cahaya mata. Namun, dugaan sekali lagi apabila isterinya meninggal dunia....Seterusnya, kedua-dua anaknya juga meninggal dunia. Kesusahan demi kesusahan tapi beliau masih percaya dengan Allah. Kemudian, beliau menjual rantai mutiara itu dengan harga 100 000 dinar. Dari sinilah, Abu Bakar menjadi seorang jutawan yang terkenal dengan sifat pemurahnya.>>>>

Sesiapa sahaja yang takut kepada Allah, akan sentiasa beribadat dan menjaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan sentiasa membantunya tidak kira apa jua kesusahan yang dilaluinya. Dalam situasi yang mungkin kita langsung tak dapat nak bayangkan macammana. Kuncinya, sentiasa bersangka baik kepada Allah s.w.t.

Firman Allah SWT: 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu... dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah : ayat 216)

“Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhan-mu.’ Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” 

(Q.S. Az-Zumar[39]: 10


Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.