Skip to main content

Rezeki tetamu datang rumah

Assalamualaikum

Hari ni masih di kl lumpo. Tapi hari ni dah tak berjalan mana2. Duduk baik2 kat rumah je . Ihiks.

Alhamdulillah.  Ceritanya hari ni ramai orang datang rumah. Kitorang rasa sangat berbesar hati *ecehh ayat* tapi serious..sebab rumah baru pindah jadi faham2 je lah ada kurang sana sini sikit tu biasalah.

Tips:

#1 Jadi bila ada orang sudi datang kita ucapkan terima kasih sangat2, dan sambutlah dengan hati yang tulus ikhlas beserta dengan senyuman seindah suria.  Bukan selalu tetamu datang rumah yedakk? Bukan selalu jumpa jugak.hee

#2 Bila sesekali dapat berjumpa berkumpul ramai2 tu.. seboleh-bolehnya kita layan yang termampu. InnsyaAllah.  Harap semua puas hati.

#3 Para tetamu datang mestilah tuan rumah nak hidangkan makanan yang best2! Atau paling kurang pun air teh dan kuih/keropok.

#4 Dont! Jangan sesekali tanya orang tu nak makan/minum atau tak? Atau nak minum apa? Atau apa2 je soalan yang memerlukan yes or no? Kerana adab sebagai tuan rumah memang kena melayan tetamu. Lagi2 kalau yang datang jauh dari puncak alam ni kee kelantan *contoh..fuhh tak kira dengan jem atas jalan kat kl lagi..sudah semestinya mereka ni lapar sangat. Adab melayu kan sopan santun ada toma'ninoh, takkan tetamu masuk rumah orang nak suruh tuan rumah buatkan air/makanan. tak kena dengan cara dah tu.

#5 Elakkan Diskriminasi. Sebaik-baiknya layanlah semua tetamu sama rata. Tak kira datin dato tuan puan sapa2 sahaja. Protokol dan adab tu perlu tapi biar berpada. Kalau berlebih tu bodek namanya haha. Benda sikit buat cara sikit, benda banyak buat cara banyak. Kan? Duduk biar sama rendah, berdiri pulak biar sama tinggi. *jujurnya aku tatau kena ke peribahasa ni dgn sub-point  ni sebenarnya haha.*

#6 Entertain the kids!
Budak2 ni macam ragam dan kerenahnya. Ada yang tak suka ke rumah orang, ada yang aktif sangat bila masuk rumah orang, ada jugak yang terlebih pemalu, dan macam2 lagi. Kalau pandai layan kena dengan cara memang best. Kalau tak...tersalah step sikit ,boleh buat si anak kecil tu menangis terlolong..hmmm malu terus depan2 orang..takde sifat keibuan langsung..haha saya lah tu. *terus kena reject awal2 dah ni haha

Last but not least.......
#7 sentiasa bersangka baik.
Tetamu yang hadir betul2 memberi rezeki...tengok je hari ni..banyak makanan yang setiap tetamu bawakkan. Alhamdulillah.  Dari takde apa2 sangat dalam peti tu..sekelip mata je dah penuh.

Bertambah meriah apabila ukhuwah yang terjalin bertambah erat.


Semoga Allah merahmati dan melimpahkan rezeki semua yang datang ke rumah kami..hari ni...sebelum2 ni...dan akan datang. Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.