Skip to main content

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)

Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.

Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat.

Mari sini nak share resepi.

Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.




atas tu resepi versi ori.

Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.


BAHAN2:
Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )

2 cawan tepung naik sendiri

1 cawan gula kastor

4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)

1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)

sedikit esen vanila
sedikit serbuk penaik dan soda bikarbonat

CARA2:

Panaskan ketuhar pada 160 degree celcius.

Ayak tepung+serbuk penaik+soda=3 kali paling afdhal.

Asingkan putih telur dan kuning telur.

Pukul putih telur terlebih dahulu sehingga betul2 ringan...yang bila terbalikkan mangkuk tu, maringue(putih telur) tak jatuh. 

Lepas tu,
pukul mentega dan gula sehingga kembang dan putih.

Masukkan selang-seli, antara tepung, susu, dan putih telur ke dalam adunan mentega dan gula tadi.

Gaul sebati adunan, kaup balik guna senduk kayu/logam. Guna satu arah je.

Dah siap boleh asingkan dalam mangkuk, letak macam2 kaler. 
(Saya punya...satu letak serbuk koko, ada warna merah, warna hijau dengan warna asli)

Sapu loyang dengan mentega.

Bakar pada suhu 160 darjah dalam 40 minit ~~1 jam






Comments

Popular posts from this blog

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.