Skip to main content

Malu bertanya Sesat Jalan

                                           
                                              



Walaupun umur aku baru 18 tahun. ok ok dah nak masuk 19 pun bulan 10 nanti. Tapi pengalaman aku banyak. ecehhh. Pengalaman yang memalukan. hmmm. Sebab actions aku lagi pantas daripada otak bergerak, jadi banyak benda yang lepas buat baru terfikir pastu malu sensorang, konon2 nak cover lah apa lah..

Sesat. Malu tau sesat ni. Lagi-lagi tempat yang tak sepatutnya. Banyak jugak kes aku sesat, nasib baik kembali ke pangkal jalan. Kat rumah sesat, kat sekolah sesat, kat hotel pun sesat. Sampai sekarang pun aku tak pernah ingat no bilik kalau duduk hotel, sebab tu turun naik nak kena berteman. Kalau tak buat malu je tersalah ketuk pintu bilik orang lain. Dulu macam tu.

Sesat kat shopping mall lagi banyak, tapi alhamdulillah, ada jodoh pasti bertemu jua. HAhaha. *berlagak lagi dia ni* Sekarang mata rabun, pastu malas pakai spek, masuk watsons pun boleh sesat sebab dah tak nampak mana semua orang pergi. sadlife.

Sesat kat sekolah pulak.
Masa tu pertengahan tahun darjah 1, baru masuk hari kedua dekat sekolah baru.
Amboi semangat masuk sekolah baru mestilah kena datang awal2 pagi. Sampai je tu, abah tanya ok ke pergi kelas sorang? Of course boleh! Senang je ni. *berlagak

Lalu turun kereta menuju ke kelas ikut jalan yang dah hafal dalam kepala. Sampai depan kelas je tercongok lah kat situ sorang2. Jenguk kelas gelap je? Tak ada yang datang lagi? Aku paling awal ke ni? Hebatnnya..dapat jadi paling awal. Ok tunggu lagi.
Dari langit yang tadi gelap, dah cerah pun, matahari dah terbit. Tapi sorang pun takde lagi? Hisyh biar betul....ke kelas petang? eh tak tak, mesti pagi! sebab kelmarin datang ada je. hmmmm

Lepas tu ada sorang budak dia dari toilet ke nak pergi toilet entah lupa. Dia tegur, "Student baru kan?Kita sama kelas."----- "A'ah, baru. Mana semua orang?"*muka blur--------"Sini!Sini! ikut sini!"------''Haaa?! pergi mana?tapi ni kelas kita..."*muka double blur tapi ikut je budak tuh, dalam hati fikir..dia nak ajak aku ponteng ke? Tapi baru darjah 1 mana boleh ponteng lagi...?


Rupanya,,,,,,,,,kelas aku kat blok belakang. Dah lama tu baru aku tau yang tempat aku tercongok tu bilik muzik... patutlah gelap ---,---"



Nur



Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.