Skip to main content

Jangan Merungut.



                             
Jadi.......

Hari tu ada jumpa sorang ni. Tiap kali jumpa yang saya ingat topik dia mesti berkaitan dengan betapa tak puas hatinya dia dengan tempat dia bekerja tu. "Produk syarikat tu tak bagus". Ayat lebih kurang macam tulah. Pendek kata, ada je yang tak kena.

Dan saya mula berfikir...............
Selama ni, di situlah tempat dia mencari rezeki untuk memberi nafkah kepada anak isteri. 
Kenapa masih merungut? Ikhlaskah hati ketika bekerja? Kan untuk bagi makan...bagi pelajaran dan segala kelengkapan untuk anak-anak jugak?

Rezeki itu milik Allah.
Habis kenapa diburuk-burukkan tempat kita bekerja. Itu kan rezeki. Segala-galanya daripada Allah juga. 
Rasa sayang pada sesuatu syarikat/majikan tu bagi saya penting. Lalu timbul rasa tanggunggjawab. Dan dapat menjalankan amanah dengan baik. 

Kalau semua orang dapat memikul amanah ini dengan baik, InnsyaAllah syarikat2 tempatan dapat membangun dengan lebih baik dan produk-produk tempatan akan meningkat naik.

Kemudian saya buat refleksi ke atas diri kita sebagai pelajar. Tujuan utama pelajar dalam hidup untuk menuntut ilmu. Tidak kira di mana atau dengan siapa, adab menuntut ilmu itu perlu!
Memburuk-burukkan tempat kita menuntut ilmu atau bersikap kurang ajar dengan guru/pensyarah kita, itu bukan adab menuntut ilmu yang diajar dalam Islam. 

Sama-sama kita elakkan perasaan hati yang sentiasa rasa tidak puas dengan menyalahkan orang/situasi di sekeliling kita. 

Kadang-kadang, ada hikmah kenapa Allah meletakkan kita dalam satu situasi yang tidak kita inginkan.

Photo: O ALLAH make us immersed in your remembrance and seek only Your help and forgive all our sins. 

AAMEEN
  



Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.