Skip to main content

Eratkan Hubungan, First Step, Ramadhan.

Apa pesanan untuk hari ni ye??

Semangat nak update blog , tapi idea melayang.

Sebab esok dah nak puasa, jadi dari semalam mood baik, bukak whatsapp hantar dekat habis semua orang
 "Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa! Mohon maaf segala silap dan salah"........

Feeling great. Ramai yang reply. 
Sebab masing-masing busy. Tak salah kalau kita yang tengah free ni yang mulakan dulu. Dapat eratkan silaturahim. 

Kadang-kadang hanya satu perkataan dan satu minit je yang perlu untuk kita buat baik. Contoh, SENYUM. Tengok orang senyum kat kita pun dah rasa happy. Senang betul saya ni happy kan =')

Rasa2 kalau yang dah lama tak contact tu, masa ni lah SEND "Ramadhan Mubarak kawanku!" kasi love lebih sikit.  Mesti terus senyum yang baca tu.

Kalau dapat bagi HADIAH tu lagi bagus. Serius perasaan bila tiba-tiba dapat hadiah adalah best sangat. Saya dah dapat. dah rasa. =') kalau boleh tiap kali cakap/jumpa kawan yang bagi tu pun rasa nak ucap terima kasih =') Tahu kan, kalau kita yang dapat ni pun dah happy kemain, ni kan pulak yang memberi. Sesungguhnya, yang memberi itu lebih baik. Apatah lagi benda yang kita dapat guna selalu =')

Dan.....SEDEKAH. Ada macam2 cara yang boleh dikira sebagai sedekah, yang penting kita ikhlas. 
Like gambar kawan dekat ig...atau like status kawan2 kt fb pun sebenarnya dah dapat ceriakan hari kawan kita tu. Bagi saya, like sebagai tanda "hai!" "saya tengok awak ni" "kita kawan" "great job" "I'm impressed with you" haha boleh jugak macam tu, nak lagi senang komen je yang baik-baik. Kenapa yang baik-baik je? Sebab ig/fb atau apa-apa je media sosial ni tersangatlah sosial sampai semua friendssss boleh tengok dan baca. Satu benda yang tak berapa sedap kita komen, hampir semua friendsss dia yang bukak dapat baca. Lagi teruk kalau yang mengaibkan. Nak tegur secara private lagi bagus. 

Sama-sama kita jaga hati. Jangan buat hati orang lain rasa marah, pedih, sakit, sedih, pecah belah patah seribu. Cuba. InnsyaAllah kita pun terlindung dari segala penyakit hati. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak, Selamat Berpuasa kepada keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati.


                                             




Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.