Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Basic Skincare Routine

Aku suka baca dan ambil tahu dalam bab2 penjagaan muka. Lepas tu aku akan cuba praktiskan dan apa sahaja yang bagus kita share sama-sama. Dulu dengan kakak-kakak dan mama je, sekarang takde kerja dah start cerita dekat adik-adik lelaki aku. Untuk kebaikan diorang jugak. Aku kasi moisturizer, toner dan macam-macam lagi. Diorang pakai. Heheh dah kena paksa.
Kenapa perlu semua ni? Sebab ni penjagaan muka yang asas.............
Basic Skincare Routine! 
Tapi sebelum tu, kita kena tau jenis kulit kita ni macammana...kering ke? normal? berminyak? atau kombinasi? Saya...........KOMBINASI. Macammana tau? hmmmm banyak-banyak buat eksperimen kat muka sendiri. 
1) PENCUCI MUKA

Mula-mula kena test pencuci muka tu sesuai ke tak dengan jenis kulit kita. Kita juga disarankan agar tak terlalu kerap cuci muka. Ya, jangan selalu cuci muka! Saya maksimum sehari dua kali. Sebelum tidur yang wajib, tapi bangun pagi yang masa subuh tu jangan cuci muka guna produk pencuci! Guna air sahaja cukup. Masa kita ti…

Malu bertanya Sesat Jalan

Walaupun umur aku baru 18 tahun. ok ok dah nak masuk 19 pun bulan 10 nanti. Tapi pengalaman aku banyak. ecehhh. Pengalaman yang memalukan. hmmm. Sebab actions aku lagi pantas daripada otak bergerak, jadi banyak benda yang lepas buat baru terfikir pastu malu sensorang, konon2 nak cover lah apa lah..

Sesat. Malu tau sesat ni. Lagi-lagi tempat yang tak sepatutnya. Banyak jugak kes aku sesat, nasib baik kembali ke pangkal jalan. Kat rumah sesat, kat sekolah sesat, kat hotel pun sesat. Sampai sekarang pun aku tak pernah ingat no bilik kalau duduk hotel, sebab tu turun naik nak kena berteman. Kalau tak buat malu je tersalah ketuk pintu bilik orang lain. Dulu macam tu.

Sesat kat shopping mall lagi banyak, tapi alhamdulillah, ada jodoh pasti bertemu jua. HAhaha. *berlagak lagi dia ni* Sekarang mata rabun, pastu malas pakai spek, masuk watsons pun boleh sesat sebab dah tak nampak mana semua orang pergi. sadlife.

Sesat kat sekolah pulak.
Masa tu pertengahan tahun darjah 1, baru masuk hari kedu…

Eratkan Hubungan, First Step, Ramadhan.

Apa pesanan untuk hari ni ye??
Semangat nak update blog , tapi idea melayang.
Sebab esok dah nak puasa, jadi dari semalam mood baik, bukak whatsapp hantar dekat habis semua orang  "Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa! Mohon maaf segala silap dan salah"........
Feeling great. Ramai yang reply.  Sebab masing-masing busy. Tak salah kalau kita yang tengah free ni yang mulakan dulu. Dapat eratkan silaturahim. 
Kadang-kadang hanya satu perkataan dan satu minit je yang perlu untuk kita buat baik. Contoh, SENYUM. Tengok orang senyum kat kita pun dah rasa happy. Senang betul saya ni happy kan =')
Rasa2 kalau yang dah lama tak contact tu, masa ni lah SEND "Ramadhan Mubarak kawanku!" kasi love lebih sikit.  Mesti terus senyum yang baca tu.
Kalau dapat bagi HADIAH tu lagi bagus. Serius perasaan bila tiba-tiba dapat hadiah adalah best sangat. Saya dah dapat. dah rasa. =') kalau boleh tiap kali cakap/jumpa kawan yang bagi tu pun rasa nak ucap terima kasih =') Tahu kan, …

Surah Al Kahfi

Oops. Downloads apps iQuran ni dah lama. Tapi sejak sebulan ni, setiap hari Jumaat mesti akan keluar reminder nih. Bagus betul kan!  dan.... bila keluar reminder..dah set dah dalam kepala ni..ok kejap lagi nak baca.. lepas tu, kejap lagi...makan, duduk, baca surat khabar, tengok cerita kejap..itu kejap ini kejap... _ _ last last..........



_ _ _ Kebaikan baca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. - 

Jangan Merungut.

Jadi.......
Hari tu ada jumpa sorang ni. Tiap kali jumpa yang saya ingat topik dia mesti berkaitan dengan betapa tak puas hatinya dia dengan tempat dia bekerja tu. "Produk syarikat tu tak bagus". Ayat lebih kurang macam tulah. Pendek kata, ada je yang tak kena.
Dan saya mula berfikir............... Selama ni, di situlah tempat dia mencari rezeki untuk memberi nafkah kepada anak isteri.  Kenapa masih merungut? Ikhlaskah hati ketika bekerja? Kan untuk bagi makan...bagi pelajaran dan segala kelengkapan untuk anak-anak jugak?
Rezeki itu milik Allah. Habis kenapa diburuk-burukkan tempat kita bekerja. Itu kan rezeki. Segala-galanya daripada Allah juga.  Rasa sayang pada sesuatu syarikat/majikan tu bagi saya penting. Lalu timbul rasa tanggunggjawab. Dan dapat menjalankan amanah dengan baik. 
Kalau semua orang dapat memikul amanah ini dengan baik, InnsyaAllah syarikat2 tempatan dapat membangun dengan lebih baik dan produk-produk tempatan akan meningkat naik.
Kemudian saya buat refl…

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je. 

Be True and Happy #tips

Kerana segala-galanya milik Allah.






Alhamdulillah.
Dan sebelum tidur, kita digalakkan untuk memafkan semua orang.



Amiiin.

Selamat malam.

Tidur nyenyok molek lah ginih. hehe

Tawakkal...Tawakkul

Source:  Tawakul - Trust Allah (TheMercifulServant)
Tawakal adalah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah.

Kita mungkin akan melalui pelbagai onak dan duri di sepanjang kehidupan ini. Pernah juga diuji sampai kita rasa macam dah tak nampak cahaya, semua yang ada kat depan gelap-gelita. Tapi itulah KEHIDUPAN. Mungkin terlintas di fikiran bahawa apa yang dilalui sekarang adalah sesuatu yang sangat menyakitkan, ini....ini kegelapan. Tapi sebenarnya, Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik buat kita semua. ITU PASTI. Dan kita wajib percaya dan yakin bahawa setiap yang berlaku ke atas diri kita tu mesti baik....mesti ada hikmahnya.
Buat masa ni, memang kita tak tahu....kita tak nampak apa-apa pun lagi. Tetapi percayalah yang kita akan dapat lihat kebaikan itu, cepat atau lambat, samada di dunia mahupun di akhirat. 
Ibn Rajab menceritakan kisah Qadil Maristan.
Qadil Maristan/Abu Bakar: 

>>>Suatu hari Qadil Maristan dalam keadaan yang sangat lapar namun penuh tawakkal kepada Allah…