Skip to main content

Sunday : Let's Shopping! Serikin

Entry lepas pasal pergi Muzium tu, plan lepas pergi muzium nak pergi mall,shopping, ehh tak window shooping je sebenarnya. Tapi sebab semua dah penat terus tak jadi pergi, balik rumah lepas makan semua dah tidur pun.

Jadi esoknya tu pagi2 lagi dah bangun sebab nak pergi Serikin. Tahu kan Serikin ni sempadan Sarawak-indonesia , yang berniaga semua orang Indon dan barang2 pun dari sana. Nak sampai sana dari Kuching ni kira2 sejam lebih, sempat tidur beberapa round atas kereta, makeup tudung semua kena betulkan balik bila dah sampai. 
Tempat ni bukak hari Sabtu dengan Ahad je. Sabtu full day pagi sampai petang, Ahad half day sampai tghhari. Apa yang best bila kita dapat tawar dengan harga yang super duper murah, like seriously??! Yeuuuppp, boleh dapat murah sangat2 kalau korang pandai. Macam i ni terer tau bab2 mintak tawar eceeceh. Tapi tak semurah bila pergi Jakarta, Bandung dgn Pontianak, sana lagi boleh murah murah overload.
Benda yang femes- Kain pasang, kain sembahyang (telekung), baju (perempuan laki), tali pinggang, cardigan, blazer, jaket kulit, denim jaket, maxi dress, spek mata, topi....dan banyak. Pergi sekali sekala best, kaau selalu tak jugak sebab banyak benda samaaa je.

Jadi, Jom tahun melawat Malaysia , mari melancong ke Kuching. *promote sikit*
Ini muka happy dapat keluar jalan-jalan
 

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.