Skip to main content

The Story Of My Life Tidur Tak Tutup Lampu


Assalamualakum semua. Mesti ramai yang dah baca kan, ambik ni pun dari yang sahare kat fb, "Bahaya Tidur Dalam Lampu Menyala". kikiki aku ada lah rasa menyesal jugak lepas baca, sebab selama ni boleh dikatakan hampir setiap hari aku tidur dengan lampu menyala, bukan sebab takut, tapi dah jadi habit yup tabiat. Takdelah lama sangat, aku rasa start setahun lepas. Mulanya takde niat pun nak tidur dengan lampu menyala, lagi-agi aku memang suka tidur dalam gelap, senang nak lena. Masa form 3, start tidur lambat aku selalu terlelap atas meja study tu. Lepas tu mula lah melarat sampai ke form5, lepas tu dekat puncak alam pun sama. Sampaikan sekarang ni kat rumah aku terikut-ikut habit terok ni, astaghfirullah.

Punca sebenar semua ni berlaku adalah ........................ BUKU. Ya baca buku nilah yang menyebabkan nyawa aku terancam, haaa kan betul study ni pun ibarat kita berjihad, macam aku yang menggadai nyawa tiap-tiap malam. Asal bukak buku je, mengantuk. Dah mengantuk memang otak aku beku tak boleh sambung buat apa-apa. Masa tu otak aku macam dalam dilema antara nak study lagi ke nak terus bamm atas katil. Dengan semangat yang kental aku nak study lagi hohoho. Lama-lama aku pun studoooo. Atas meja tu jugak aku tidur. Sedar-sedar dah pukul 3 4 pagi, masa tu aku dah tak fikir satu badan tengkuk yang sakit sebab kedudukan tidur yang mencabar atas kerusi, sebab dalam kepala tengah gelabah nak siapkan homework / assingment. Kalau buat essay tu, dari pukul 9 malam punya fikir nak buat ayat apa sampai pukul 12 tak dapat2, magiknya bila sedar pukul 4 tu terus boleh siapkan dua essay yang nak kena hantar pagi tu, hahaha magikkan! Mungkin pagi2 pintu rezeki terbuka luas, tu yang idea mencurah-curah kot. * Padahal terpaksa perah otak nak siapkan takut kena marah dengan cikgu lol *

Masa bangun pagi2 tu aku kadang2 dalam dilema jugak ecehhh otak baik aku suruh pergi ambik wudhu, otak jahat pulak suruh tidur atas katil leklok berlapikkan tilam empuk dan selimut yang selesa tu, ada masa aku hilang pertimbangan aku terus tidur. * Yeayy syaitan bersorak keriangan * Bangun-bangun aku rasa menyesal sebab dah sedar pun, tapi kalah dengan godaan syaitan. * Ecehhh salahkan setan, padahal aku yang nak tidur * hmmm

Dekat palam dulu nasib baik roomate aku tak pernah kisah tidur tak tutup lampu, sebenarnya dia kesah tapi aku rasa dia tak tahu. Sebab dia selalu tidur awal daripada aku, sebelum tidur awal2 dia dah remind, "erin, nanti tidur tutup lampu ye, bukak lampu tidur tu je". Okey. Tapi saya minta maaf sebab banyak kali saya tertidur dengan lampu terbukak, lepas tu sebelum awak bangun saya terus siap2 tutup semua lampu. Sorry eyfa -, - "hahaha

Sekarang dah ada kat rumah, aku rajin jugak nak baca buku malam2, terbawak pulak perangai tak tutup lampu ni. Adoi, apalagi terpaksa telinga aku menahan peritnya kata-kata mamaku, naseb mama bagi tidur dalam rumah lagi, nak tidur bukak lampu sangat pergi tidur kat garage luar sana, mama kata. hahaha aku mampu gelak je.

Jadi, apa yang salah sangat tidur dalam cerah ni? Macam ni, badan kita akan keluarkan hormon melatonin dalam gelap, fungsi hormon ni dia tolong badan kita rasa letih dan mengantuk .. sepatutnya macam tu. Tapi bila dah boleh tidur dalam keadaan yang cerah, maksudnya badan kita dah tak boleh beza antara cerah dan gelap, bila2 masa je boleh rasa mengantuk. Ni jugak punca student mengantuk dalam kelas / lecture halls, sebab time malam badan tak cukup rehat, hormon melatonin tak keluar2, jadi bila siang sampai masa baru dia keluar. Aku selalu rasa ayat aku berbelit, harap korang faham.

Jangan jadi macam ni. Aku dulu lebih kurang macam ni jugak tapi versi lagi comel, ZZZzzzzzz


Till here, babai. Goodnight. # Bacadoa # tutup lampu # tidurdalamiman # bangunpagi # sayabukanbudaksekolah # dahkenapanakhashtagbagailol

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

KOREA , RAYA AIDILFITRI 2017