Skip to main content

Positive, Dapat atau Tak Dapat UPU (interview,etc)

Assalamualaikum. Masuk minggu ni dah minggu kelapan saya ada di rumah.

Minggu lepas dah keluar keputusan temuduga upu yang mana ramai di antara kita dah tak sabar asyik ternanti-nantikan. Tahniah kepada yang dapat iv dan kepada yang tidak dapat takpe, kita ada banyak peluang lagi. * Jelas sekali aku pun tak boleh so buat ayat sehabis baik untuk tenangkan diri sendiri. *
Entry kali ni bukan tips untuk yang dapat iv tapi untuk yang tak dapat supaya prepare untuk isi fasa 2 nanti.
 Dua tiga kali jugak saya cek dapat tak dapat tak, tapi last2 sama je ayat dia. *keciwawawa*. Tipu kalau kata korang yang letak RU first choice tu ,then tak dapat iv tapi tak kecewa, tipu. Biasalah tu, kadang-kadang benda tu memang tak ditakdirkan untuk kita sebab Allah dah tentukan yang lebih baik. Diorang yang dapat tu pulak sebab Allah dah tetapkan itu yang terbaik buat diorang jugak. 



Kita masih ada peluang! Untuk isi upu fasa 2 nanti dengar2 memang dah tak boleh isi kos2 yang ada iv kan? Jadi apa yang perlu anda buat?  

Anda boleh masuk SINI 


1) Selidik/Survey
Ini masanya untuk anda buat sedikit kajian ecehh buat survey sikit. Dari sini korang boleh tengok semua U dan kos apa yang ditawarkan. *Sebab aku tahu korang bukan budak2 lagi yang tak tahu pasal ni, so aku terus skip jelah part pengenalan, nanti korang bosan pulak. *

2) Syarat
Lepas tu, korang cek syarat yang dia bagi tu, mana yang korang rasa korang layak, okay ambik copy paste atau simpan je mana2 dulu. Mana2 yang korang rasa macam minat sangat kos tu..weyh minat gila2 kalau tak dapat rasa nak menangis berguling. Please don't. Lagi2 kalau kos yang dia ada tulis, blabla....dan "LULUS TEMUDUGA". *terus scroll ke bawah dan tengok kos lain*

3) Suka
Ni macam yang saya bagitau tadi, sebab tu kita perlu fikir yang kita ni cukup syarat ke nak ambik atau setakat minat. Bila nampak yang kita suka mesti rasa eksaited nak belajar kan? Baru betul "Learning is Fun" ! Apatah lagi yang kita suka dan cukup syarat haaa terus masuk dalam list ni.

4) Senaraikan
Dah ada banyak kos yang tercalon dalam kepala tu apa kata senaraikan semua atas kertas. Listkan nam kos, syarat dan susun dari kos yang paling paling minat kepada yang tak sangat..yang macam hmm bolehlah. Dan kenapa nak kena susun ikut minat? Ini penting ya, dan macam yang saya dah sebut dalam point ketiga. Takkan korang nak menghadap benda yang korang tak minat selama 4-6 tahun? come on, be real ok!
*Kakak aku pernah cerita yang kawan dia budak pandai ambik medic. Tiap2 sem pointer tinggi menggunung, tapi bila tinggal lagi 2 tahun nak habis, dia quit. Sebab last2 dia sedar yang dia langsung tak minat. Dia boleh belajar, dia boleh dapat tinggi. Tapi dia tak minat nak buat kerja tu sepanjang hidup. Dia tukar kos, start dari mula, dan happily ever after*  

5) Sapu
Dalam upu tu ada 8 je tempat kosong kalau tak salah saya, jadi korang kena sapu dan potong yang mana2 lebih. Biar tinggal 8 je. Tapi sebelum tu, penting untuk korang buat survey dulu ,contoh kalau kos macam ni, kerja nanti apa, kos macam tu, belajarnya apa. Tapi jangan risau, ramai orang kata jangan fikir sangat pasal peluang kerja tu sebab semua apa pun yang kita belajar gerenti ada kerja! It depends on you, seriously. Kalau pointer tinggi cukup pengalaman dan hebat berkomunikasi, InnsyaAllah cerah masa depan.

Cukup tak tips2 ni?

Oh ya! Ada yang saya sendiri tak paham dan kalau ada sapa2 yang tahu tolonglah jawab..Kos UM semuanya ada iv means lepas ni kita dah tak boleh apply kan? Kos kat UIA pulak dia tulis syarat khas: "Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.30 pada peringkat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) - Aliran Fizikal" , adakah kita PALAM memang tak boleh apply?

Rasanya tu je yang saya tak paham. Anda boleh tengok kos2 kat uitm jugak sebab ada banyak yang tak perlu iv, mana tau rezeki ada kat uitm lagi, yuran pun murah hiks "UITM di hatiku".

Adios. All the best kepada yang ada iv/ujian apa2 jelah esok. Believe in yourself. Confidence is the KEY! 
 





"Perancangan adalah sebahagian dpd kehidupan.

Kita plan nak kerja ni, kahwin dengan dia ni, nak beli rumah ni, nak buat program time ni, plan itu plan ini. Hehe. Macam-macam kita plan la, hatta nak makan apa pun kita plan.


Ada kalanya apa yang kita plan itu menjadi, Ada kalanya tidak. Hrmm. Jangan bersedih Put Trust in Allah. Dia lah sebaik-baik perancang. Kita merancang, Allah merancang, tapi perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. InshaAllah. Pasti ada hikmahnya" --copy dari fb









Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.