Skip to main content

Jadi Positif! untuk Diri dan Oranggg Lain

Hi semua: D manusia ni ada macam2 ragam. Termasuk saya sendiri. Dan yang paling jelas, kita boleh dibahagikan kepada dua jenis. Yang positif dan negatif. Orang yang positif akan sentiasa optimistik terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Manakala yang negatif pula akan sentiasa mencari kesalahan diri sendiri dan orang di sekelilingnya.

Jadi, mestilah kita nak jadi orang yang ada ciri2 no 1 tu kan.
Bila kita optimis terhadap sesuatu benda atau perkara, bukan je kita yang boleh impaknya malah orang di sekeliling kita jugak.
Kalau kita tengok contoh situasi ni ..
; Rumah dimasuki pencuri. Encik Z: "Rumah aku ada orang pecah masuk semalam. Habis semua barang emas bini aku dikebasnya.: (" Jawapan Encik N: "astaghfirullah. Kesian kau. Haa kau tak bayar zakat lagi lah tu. Kan dah kena . "


Ok sama situasi. Jawapan Encik P: "astaghfirullah. Tak apa Z. sabar banyak2. Ada hikmah tu. Mana tau lepas ni bisnes kau lagi maju. Allah nak bagi rezeki lain banyak lagi, innsyaAllah.

Baik, apa respon pertama anda sekiranya berada dalam situasi di atas? mana satu jawapan yang anda nak dengar ... atau mana yang anda akan jawab .... krikkrik

Nak jadi encik n ke encik p? Nak dengar jawapan daripada yang mana?
Kalau saya kena dengan encik n tu ... wajib saya marah lah. Orang baru ditimpa musibah bukan main2. Bila dengar encik p jawab pulak terus sejuk hati ni. Terus caiiiir. Nasib ada encik p awww thank you: ')
Ada banyak lagi contoh situasi, cuma saya dah takde idea sekarang haha. Tapi betul, kadang2 kita tak perasan jawapan yang kita bagi tu dah mengguris perasaan orang lain. Ni yang orang cakap baik diam dari berkata2. Kerana mulut badan binasa.
Kata2 atau perbualan juga menzahirkan keperibadian dan tahap kematangan seseorang. Dan penting bagi kita untuk selalu berfikiran positif dan mengucapkan kata2 semangat dalam apa jua keadaan. Bukan untuk diri sendiri sahaja. Untuk orang sekeliling jugak. Tapi janganlah over sangat. Agak2lah jugak nak semangat pun.

Bagi yang selau takde semangat dengan fikir benda2 negatif, belum jadi apa dah fikir bukan2 ... haa .. tolong jangan hasut orang sekeliling jadi sama macam ni jugak. Macammana pemikiran dia boleh effect orang lain? Bila selalu bagi respon negatif atau melenyapkan semangat atau niat murni seseorang. Automatik orang lain akan hilang semangat.

Fikir-fikirkan kita dalam golongan yang mana satu? N ke P? Suka mencari kesalahan atau suka penyelesaian? Suka komen balas atau motivate orang lain?
Oh ye, ramai yang tak dapat beza antara kritikan dengan motivasi ni. Mungkin kita boleh bincang dalam post akan datang.


Terima kasih baca. Muah :)
Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.