Skip to main content

Batang Ai Longhouse Resort #throwback














Let's throwback!

Ni hujung tahun lepas, kitorang sekeluarga pergi ke Batang Ai, Sarawak. View kat sana sangat cantik, dengan tasiknya, hutan simpan, dan yang paling famous kat sini Batang Ai National Park.



Untuk pengetahuan semua, Tasik Hidro Batang Ai ni terletak kira-kira 275km drive dari Kuching dan masanya lebih kurang 5 jam. 


Luas sangat dan besar. Again! View dia cantik. MasyaAllah! Tunggu ada banyak lagi gambar2 cantik, just wait okay.

Dan inilah empangan dia.

Ni tempat menunggu bot.


Nasib baiklah ada tempat tunggu bot yang super lawa ni. Sambil2 posing kat sini dapat jugak hilang sikit rasa boring tu. 



Haa penting boat schedule ni, senang kita nak bajet masa otw tu.

Ok, boat dah sampai! Jom gerak ke jeti dan terus ke Longhouse Resort.


Perjalanan dalam boat ni pulak makan masa lebih kurang sejam jugak. Alhamdulillah , masa  kitorang pergi tu cuaca cantik, kedalaman air pun ok je. Kalau tak, penumpang kena tolak boat ni dulu tu kalau air macam agak surut atau cetek. 

Amazing!

Sampai je dekat jeti Longhouse Resort tu, apalagi , tak sabar dah semua turun dan bersedia nak menjelajah dengan kamera masing2 =D

It was kinda scary but, I'm not scared. oh yeah




Cool kan resort ni ! Dapat feeling duduk rumah panjang tradisional ^^

Oh ! Ada lagi, yang bestnya sekeliling resort ni view dia memang cantik. Pusing situ pusing sini memang bergambar je kerja kitorang.


The viewww. abaikan pose yang macam Nega Che Chalaga(Iam the best)tu.* oh yeah I AM

Hijau rumput. dan kami pura2 candid ihiks

Sampai meja snooker pun kami conquer XD

Relax, Take a deep breath, and live your life happily. xoxo

Harap lepas ni semua akan lebih bersemangat nak pergi bercuti, tak kiralah dengan family, kawan, atau sorang2 sekalipun. Janji bila kita pergi vacation ni, otak akan lebih segar dan kita sendiri lebih bertenaga. Dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah, Subhanallah. 

Heyyy, tahu tak anda tahun ni Tahun Melawat Malaysia 2014 ? Apalagi, jangan lupa cari masa dan tempat sesuai, yang mana berkenan di hati dan kena dengan bajet. Lumrah diri ni mesti nak buat benda yang seronok, mana ada orang suka stress. Ambik peluang bercuti ni untuk lepas stress dan rehatkan minda. Biar orang lain pulak yang buat everything untuk kita. Baru betul cutiiii.

Ok, ni gambar2 terakhir sebelum balik.





Bye. XO. =* 



Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)

Hello :)Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat. Mari sini nak share resepi.Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.


atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.

BAHAN2: Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedi…

Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.

Resepi : Jus Pegaga

Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.  Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi. Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_ _ Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.