Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

DIY Face Mask All Natural

Jom cuba resepi baru ni =)

1 sudu bsr minyak zaitun
1 sudu bsr madu
1 sudu bsr lemon/cuka epal
1/2 s.b gula/gula perang

Campurkan semua bahan ni, dan boleh sapu ke seluruh muka.

Gosok dengan lembut.
Urut muka dengan cara arah ke atas ok,jangan tolak kulit muka ke bawah, tapi ke atas.

Yang lebih tu boleh disapu di bahagian badan yang lain, contohnya siku,lutut,kaki dan tangan.

Mask ni ada banyak khasiatnya lebih-lebih lagi semua bahan yang digunakan adalah natural. Jadi kulit anda akan dapat 'glow' yang natural. Tak perlu ragu-ragu juga sebab tidak akan ada kesan sampingan.



Gula akan membantu untuk mengeluarkan sel-sel mati dari kulit muka anda.
Fungsi lemon pula untuk mengecutkan jerawat dan memberi kesegaran pada wajah, manakala madu dan minyak zaitun dapat mengekalkan dan mengawal kelembapan kulit muka anda.


Selamat mencuba!