Skip to main content

Posts

KOREA , RAYA AIDILFITRI 2017

Recent posts

KEMBALI

Tahun ini sudah 2017 rupanya. Cepat betul masa berlalu.
Baru sedar lama betul aku tidak menjengah ke blog ini. Nyata terasa sedikit kekok untuk memulakan penulisan. Gaya penulisan kali ini juga sepertinya lebih formal, tidak begitu santai seperti sebelum ini. Mungkin faktor daripada pembacaan buku aku pada tahun ini yang kebanyakannnya berunsur non-fiction. Hanya ada satu dua sahaja buku fiksyen, itupun ulang buku lama, bukan buku baru. Tak kuasa aku nak membeli buku baru/novel, bila baca tajuknya sahaja dah rasa nak muntah. Buat tambah dosa aku kutuk je, jadi aku tukar kepada buku2 berunsur politik, sejarah, motivasi dan agama. Banyak ilmu yang kita boleh dapat.

Sekarang sudahpun masuk hujung bulan Ramadhan 2017. Alhamdulillah Allah beri peluang aku menjalankan ibadah puasa ini sekali lagi di UITM. Mungkin yang terakhir, mungkin tidak. Siapa tahu. Sepanjang aku tidak menulis, pelbagai perkara telah aku lalui dan alami. Tidak mungkin dapat aku ceritakan satu persatu di sini hanya dala…

Gagal

‪Aku rasa gagal sebagai kawan.  Bila ada kawan yang saling bermasam muka dan aku tak dapat baikkan mereka.

Aku gagal sebagai ketua. Bila anak buah berpuak jenis tak "ngam" dgn geng lagi satu, dan aku tak dapat menjernihkan keadaan. ‬

Semoga semuanya baik-baik sahaja atau lebih baik, kembali seperti sedia kala.

7 TIPS MENGHADIRI AUDITION/INTERVIEW/TEMUDUGA

Okay, mulanya ereen ingat tak nak bgtau sapa-sapa pun sebab pergi ni pun last minute, hari sebelumnya tu baru je balik dari Aceh. Uish penat lelah belum hilang lagi, tidur tak cukup lagi dah nak masuk clever girl pulak dah. Haha but wait i'll tell u guys the story, it was quite funny actually.
Di sini juga saya listkan 7 tips mudah untuk anda menghadiri audition atau interview atau apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya.


#Tips1: Get full energized

Untuk pergi audition/interview, anda perlu dalam keadaan yang penuh bersemangat dan ceria sebab kita nak tarik perhatian orang, supaya pandang kita supaya bagi full attention pada kita. Barulah kita dapat tunjuk apa kekuatan dan kelainan yang ada pada diri kita, dan lebih mudah untuk kita sebarkan aura positif daya tarikan magnet tu, yang penting FULL OF CONFIDENCE AND BE YOURSELF.
Better tidur awal malam sebelumnya tu.

DON'T!
Jangan pergi dalam keadaan yang penat muka tak cukup tidur otak macam tak pijak di bumi nyata lagi. Sebab itulah…

PROGRAM BAKTI SISWA MASYARAKAT ISLAM ACEH UiTM

PROGRAM BAKTI SISWA MASYARAKAT ISLAM ACEH 25 JANUARI 2016 HINGGA 30 JANUARI 2016

“Niat Itu Seperti Surat. Salah Alamat, Salah Sampai Tempat.”
Alhamdulillah, 22 orang sukarelawan bersama seorang pegawai pengiring dan dua orang wakil media telah pun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 6.00 petang jam Malaysia pada tarikh 30 Januari 2016. Di saat jurnal ini sedang ditulis, ketahuilah pengalaman selama 6 hari 5 malam itu bagaikan mimpi kepada kami semua. Impian untuk menjejakkan kaki ke bumi Serambi Mekah itu ibarat angan-angan yang kami bina selama hampir 5 bulan, siapa sangka akhirnya ia menjadi kenyataan. Saya percaya yang semua ini bermula dengan niat. Niat ikhlas untuk membantu dan memberi sumbangan kepada mereka di Aceh.
Setibanya di Aceh, saya menyedari betapa kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan segala nikmat yang kita peroleh. Saya turut merasa kagum dengan kekuatan jati diri dan semangat untuk terus maju yang ditunjukkan dal…